this ism. that ism.

Gemuruh

Saturday, September 20, 2008

Aku nervous.
..sebab dalam beberapa jam aku akan pergi menjual.

sebab musabab 1: Aku join Yuna and friends kali ni.
Kenapa perlu nervous: Sbb aku minat gila dia.her songs lah not her HER.
How aku boleh team up dgn dia: Fated. WAhhhh.gila gedik.haha.Hamba Allah bernama atiqah email me and the rest is just history(apakah?)

sebab musabab 2: Aku will be donned in a vintage maxi dress.
Kenapa perlu nervous: maxi itu perfek.long sleeves! labuh smpai ke ankle! POLKADOT.Gila!!! TApi secara rahsia dengan berkata di dalam hati berharap supaya aku tidak kelihatan seperti memakai baju tidur.Semalam, masa iron tiba-tiba terdetik perasaan itu.Harap taklah.
How aku boleh ada vintage dress itu: Aku tak bid. Aku tak beli online. Aku beli di bazar dengan haraga lima belat hengget. Ho yeah. Aku gumbira. Tapi masih nervous.

sebab musabab 3 dan paling dasat: Aku will be wearing a 3.5 inch platform.
Kenapa perlu nervous: Tinggi weh. Tapi aku gatal. Sebab dia santek. Amat santek. Tapi tinggi gila. Aku ni sejenis manusia yang pakai flats pon boleh jatuh dan terpeleot dengan penuh dignity. Aku amat berharap tiada musibah yang akan menimpa diriku nanti. Amin.

JADI APA YANG PERLU KAMU LAKUKAN APABILA MEMBACA POST INI!
1.Hadirkan diri anda di Bijou Bazaar.Informasi di: http://bijoubazaar.blogspot.com.
2.Tolong tahan diri anda daripada gelak sekuat hati apabila ternampak seorang perempuan muda(baca:perasan) kesana-kemari dengan pakaian ala-ala bangun tidur terus ke bazaar.
3.Jangan gelakkan perempuan muda itu yang berjalan dengan kelajuan sepantas siput kerana takut akan musibah yang menimpa.

..Tahilah. Kasut tu santek.

NAM

Thursday, September 18, 2008

Ya. Aku NAM. bukan NUMB tapi NAM as in Non-Aligned Movement.

Kenapa?

Kerana Aku yang bernama *tidak dapat disiarkan disini* sememangnya berpendirian bahawa

*ehem ehem*
Tuhan itu Maha Besar, Maha Kuasa dan Maha Adil selain dari semua keAgungannya so, apa yang kita lakukan, tak kira lah baik atau buruk pasti mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan kita.

mudah kan pendirian hidup aku?

dan lagi satu..

*ehem ehem*
Apa yang kita buat dekat org akan terkena balik pada diri kita berkali ganda dari apa yang kita buat org. Kita kutuk sorang budak ni. Tapi kita tak tau yang ada sepuluh org yang kutuk diri kita yang seorang ni. Faham tak contoh ni? Ada lagi banyak contoh tapi aku malas. Jadi, tolong buat-buat faham. ;p Pendirian ini disematkan oleh bondaku. Sebab tu dari aku kecik smpai skarang aku takut kalau mencarut. Sebab sekali kita mencarut, sepuluh kali tuhan laknat kita balik. Contoh: "Babi ah shasha(aku, bukan shasha lain) tuh!", Tuhan laknat kita sepuluh kali. Camtu ah. Sbb tu aku takut. Paling jahat penah keluar dari mulut dan tulisan aku ialah bodoh, bangang, bongok, gila, babeng(paling jahat sbb die babi tapi di eng kan hujungnya), siot(second jahat sbb dia sial tapi di iot kan),bloody, damn, shit dan tahi. Tak caya? Tak caya sudah.

Jadi, kesimpulannya, aku terima penjelasan dari semua orang dan aku juga dah memaafkan segalanya. Seperti yang aku katakan banyak kali dan berulang kali, tapi aku bukan baik mahupun warak alim, apa yang terjadi sudah aku lepaskan, sekarang ini hanya kamu(siapa-siapalah) dengan Tuhan.

Now, all is well( i hope lah), lets all be merry. Bulan Ramadhan ni!!!Ambik berkat sikit..

BLOOM dah update, lai lai!!!

I covet.

Monday, September 15, 2008

If you'd still remember this entry. Than you would know that i have become a shoe fetish fanatic. I wasn't one to start with. So, i wasn't really sure what buzzed me to be one. What i'm certain is that, i've missed the pre-order date!!!!DAMN!!! I want. I want. If i can't have the others, than the oxfords pun jadilah.sedih ;(

So,what is that i covet now?

jeng jeng jeng..


*Credits to Sally Jane Vintage* 

READ: Knee/Almost-knee high boots!!Now, i think it has to be my daily staple. Sebab, i lugged back lotsa vintage-granny-smelled-but-in-a-good-way dresses from Bijou Bazaar. As a woman, just a mere findings of cheap thrills for frills will just send my hormones to the nines. Translate: Uberly overly happy. Tapi, kena ada boots because thats how i imagine it would look nice with.

Gua suka. lu suka?lu tak suka, gua tak ambik port.

hehe. I just read some of uniten friends' blogs while i was bloghopping, and some of them wrote like that. Thought i'd give it a try. But no, it doesn't suit me at all.kan?

Kau kenal aku?

Kau kata kau mengenali aku, cukup lama mengenali aku.Bullshit weh..kalau kau cukup mengenali, takkan tergamak kau keluarkan perkataan tuh.Sama? Aku dengan dia tak pernah sama. Tengok dan belek betul-betul. Aku begitu kerana kau. Pada bila aku bersama-sama orang lain, tak pernah pula, aku bersikap sedemikian.

Aku tak marah pun, the spark has long gone from me. Tak marah, cuma sedih. Tapi fikir2 balik tak layak air mata ini tumpah untuk kau.

Katil kata mari....

Mengantuk teramat dah ni. Sengal dan letih segala. Seharian meniaga, memecut ke bangi dan pulang ke Kuala Lumpur. Memunggah barang seorang, mengangkat barang seorang, semuanya serba serbi seorang. Tapi aku Wonder Woman! Hell Yeah ;)

Perbualan tadi mengakibatkan aku sesat kat sini. Isu yang berulang kali timbul dan hilang. Perkara kecil seperti itu mahu merubah segala macam. Buatlah apa kau nak, nak datang ke or not. Nak pulang ke apa, you deal on your own. The plan and what nots, aku can cancel just a call away, call Maxis customer service sudah. Esok pagi2, aku bangun, aku call, kalau aku ingat lah. Aku ni kalau bangun pagi selalu kena renjatan memori, habis lupa semua text msg yang aku baca ketika mamai ding-dong. Seperti apa yang berlaku pada Cik Hati Kechil Putheh. Maaf dik.hohoho. 

Iklan sebentar:
Aku suka lagu Wonder Woman. Bukan lagu omputih, tapi dari seberang.Nama singer dia Mulan Jameela.Aku tak suka Mulan Jameela, tapi aku suka lagu tu.

Hati, kau masih seperti dulu?

Sunday, September 14, 2008

Hati,

Apa khabar kau disana?
Aku harap kau masih lagi Hati yang dulu.
Hati yang bisa merasionalkan pemikiran, aneh tapi benar.
Hati yang membiarkan bahagia manusia lain daripada menjadi kesedihan sendiri.
Hati yang memaafkan walau bagaimana hancur dan ranap diperlakukan manusia.

Entah kenapa, malam ini begitu terkesan sekali hati dan permikiranku apabila 
terbaca hasil nukilan dua insan yang selama ini tidak pernah tertahu kewujudan mereka 
dia atas bumi ini. Sumpah indah! Sayu dan sebak saat terbaca tentang keluhan hidup, luahan cinta dan rasa mereka.  Selesai membaca, aku terfikir... apakah aku masih aku yang dahulu? Apa yang aku kejar dalam hidup ini ? 

Pada saat dan ketika ini, aku berani mengatakan yang aku sudah membiarkan api kemarahan ini padam dan lenyap daripada terus membakar kotak hatiku. Memang kau kejam wahai Perempuan, mengadu domba, menfitnah membuta tuli, mengata keji dimana waktu aku bersangka kita sudah meninggalkan masa silam, memulai "persahabatan" yang baru.

Tetapi wahai Perempuan, ketahuilah saat ini, apa yang aku rasai terhadap kau cuma perasaan simpati. Kerana, kau masih berpegang kepada hasad dengki dan hasutan kau itu. Apa yang pasti, kau dan aku bersaudara. Ya! Kita bersaudara, bersujud pada Tuhan yang sama, bercinta dengan Tuhan yang sama. Aku yakin kau tahu dan sedar yang Tuhan kita Maha Besar dan Maha Adil. Jadi apa yang dapat aku katakan cuma, aku kini telah memaafkan segala apa yang kau berikan kepadaku. Bukan aku mahu berlagak alim dan baik, tetapi hidup ini singkat. Aku tidak mahu membazirkan sedikit masa yang dianugerahkan padaku untuk kau yang jelas tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada diriku. 

Jadi Perempuan, di antara aku dan engkau, engkau sudah tiada apa-apa yang terhutang padaku.
Sudah ku bereskan segala kemaafan yang tertuntut oleh kau. Jadi sekarang, hanyalah diantara kau dengan Tuhan. Semoga Tuhan merahmati kau.

Dan juga, Semoga Tuhan memelihara Hati aku daripada api kemarahan yang mendatang.
Amin.

Untuk Perempuan itu

Friday, September 12, 2008

Aku tidak sempurna,
Kamu juga sama,
Jadi, berhentilah dari berkata dusta,
Kelak diri yang terbakar.

Jaded

Wednesday, September 10, 2008

Aerosmith sang Jaded.
I'm singing along similar tune.
When will she stop talking?
When will she stop hating?

I wish the truth would be out.
It's in the hands of God.
So please Dear god,
Enlightened those confunded minds.

One day, all will be revealed,
I'm not waiting,
I'm anticipating.
For it will all be uncovered.

The sweet taste of realization,
is too sinful beyond dreams.
I don't wish for it to come soon,
as i know sooner or later,
It will harbour down the river of light.

The truth,
as clear as still water,
as bright as the moon beam,
as transparent as gossamer.

Until then,
Spun away you little spiderina,
The web of lies so carefully weaved.
But be careful not to be caught in your own sticky web.

Would you still love me?

Monday, September 8, 2008



i'm officialy cool in the universe world of shasha population 1, for i have chopped off my beautiful*self opiniated* lock of precious hair. Truth be told, i wasn't thrilled with the outcome when first i lay my eyes on me. Heck! i looked like i was about to be enrolled into the Police Academy. But now, i've come to love my new look. It has began to look like the previous haircut(a year ago).so yay! if you know me, next time you see me, call me "shasha deyn". I would just ignore and continue walking if it just "shasha".

A question for you.No.Not you.But Him.The one who sang me songs:
"Would you still love me? Now that i look like a 12-y/o-kid-who-haven't-had-his-wet-dream?"

Answer me. Not less than 800 words.Thank you love.

Mawar Khayalan

Friday, September 5, 2008

Sila google Laila's Lounge.



I'm addicted to them.I'm addicted to the raspy vocals of the lead singer.I'm not a music genius but i love love their arrangements a and the lil ti-tut-ti-tut(macam R2D2) sound-thingie..hahaha..i really can't describe the sound.But i do LOVE the song. Am googling for more of their songs tapi tak jumpa.Anyone care to help?;)..watch the video. ubercool.kudos!

Cuti Umum

Yeah. Tepat sekali. Esok pukul 12 tgh hari, aku akan dapat menikmati makan tengah hari. Breakfast tak sempat.


*credits to DatukJ*

Tapi aku tak sekejam untuk makan/minum di hadapan orang yg berpuasa. Aku tak sekejam untuk menuar-uarkan yang ayam goreng spicy McD aku itu sungguh empuk dan ranggup. Aku x sekejam untuk minum light coke lalu berkata:"Coca-cola..yeah~"(Mcm lagu iklan coke 90-an). Orang yg tak berpuasa(kerana uzur sahaja ok!!) di bulan Ramadhan kena lah jaga adab dan tertib. Walaupun tak puasa, kita bukan boleh pergi masuk kedai, makan kat situ.

1 taktik yang aku selalu gunakan apabila anak2 buah aku berada di rumah. Bawak diorang pergi McD/KFC/Pizza Hut/Dominoes/Burger King dan tanya pada mereka apa yang mereka mahu. Add in your order for yourself. Contohnya:
(Di dalam McD lokasi X)

Maksu:"Aqi nak yang mana?"
Aqi:"Big Mac, large meal please!"(lately dia suka mempraktikkan apa yg die belajar kat sekolah)
Maksu:"Ok! Kita beli Ayam goreng spicy jugak lah..mana tau nnt aqi lapar lagi.."
***************************************************
Maksu:*senyum*"Kak, kasi 1 large Big Mac, 1 large ayam goreng spicy, air tukar light coke, tq"
Akak McD: *senyum-penuh-pemahaman*(smile understandingly):"Ok..*repeat orders*"

see?!!! senang gila. Takde pun org nk tgk pelik or mcm tahu2 kita cuti.hehe.Sila cuba ok?! Angkut adik/adik jiran/adik saudara/anak buah atau cucu anda. Tapi pastikan anda tak berpuasa disebabkan oleh uzur bukan suka-suka.Ok?

p/s: DatukJ yang dicreditskan tiada kena mengena dengan saya ok. Google McD drive through and the pic came up. Presentable compared to others. So lepas ni don't expect me to come up with my own "Biarlah Rahsia" song. Aku bukan siti. Datuk J bukan Datuk K. Aku dah ada kekasih yang namanya bermula dari A dan dia bukan seorang Datuk, yet.Mungkin belum sekarang, future, kita tak tahu. Adakah aku akan menjadi Datin?'

ok.i diam sekarang.

To die for

Thursday, September 4, 2008

Almost to die for lah. Not completely.But still to die for.


I know that the craze for oxford has died down already. Some fashionistas has stopped wearing this baby*shifty-eyes* altogether. But OH! how do i love thee. My heart practically stopped for a nanosecond when i saw this. I want!I want! i can so imagine my self walking in these baby*shifty-eyes* to work, leisure outings, convocations, travelling, walking down french canal in trench coat, with my scarves gently..yada yada..okay.enough with the imagination. i want lah. F21 used to have oxfords, but theirs more playfully designed.so malas to google, u cari yourself.Retails around MYR 100-200+(someone told me) But these retails at MYR 75.00.Should i?i want it black baybeh!


Booties!!! I HEART 'em too. And yeah, you guessed it right. Not that my heart stopped, my entire blood pressure went crazy!!!How can you not? They are so..are so..are so..effing cool! So Agyness-Deyn-like.I'd already have this pictures of yours truly in this. Skinny jeans tucked inside for that edginess. Flowing dresses and denim vest. ahhhhh~Vincci has similar ones, Yeah i malas to search the picture.google it up please. Im not so sure about the price.But their's not so cool as above.Made from suede(i think).I tried it on but no, no chemistry. Retails at MYR 85.00(DIE!).I want the grey or brown,not sure.i love both.But the price.DIE.


Ahhhh~I'm-not-sure-what's-this!!okay. i am totally clueless as what is this shoe all about. flats? heels?BUT cute & pretty is the best word to describe it. I fall in love with the black&off-white combo! so quirky.so me. What would i pair this with? Opaque tights,calf length full swing skirt and a simple white top. Supre!i would look fab(or fug but i like it so dang you).I'm getting slightly deranged as i typed. This baby retails at MYR 75.00 too?!?hurk.*grabs chest, fears for quickened pace of heart beat*


So there goes my craving-i-have-to-have-if-not-i-could-not-sleep list. If i were to purhase all, the total would be MYR 230.00!!! On the bright side, the cheapest nine west is more expensive than this. If i buy a nine west, i only got 1, ONE pair of shoes. So, my purchase would really be worth it. right?

On a diff note, i got a job. Yup, from the same company. 5-mins-away-if-no-jam office here i come. On November lah tapi. If all goes well. But the downside, diff position. Someone took my designated post. Gila frustrated. I coveted that post. It was created for me. Sedih x? So yup, the new post is not what i fancy much, but i'm afraid of saying no. Ya'll know, i turned down Petronas because i got into Exxon and then was told later that a new policy doesn't allow them to employ students. I couldn't call Petronas and said i want! i want! and they want me to start immediately somemore. Kalau tak, skarang petrol aku free( ye ke nih?). But yeah, i've said yes to Exxon again. Takut menolak tuah..tapi i'm still open for other options to widen my horizon.

For one second that i typed the last para, strangely, my mind wasn't on the 3 coveted shoes. Maybe i gotta talk about something serious. Or maybe, i should just go to sleep. Maybe i will dream about wearing Shoes Coveted #1 to work in the 5-mins-away-if-no-jam office. Nice nya.
i love dressing up to work.=)

Let's all be merry

Monday, September 1, 2008

So tomorrow today is the first day of Ramadhan. Kinda sad & empty a bit..for almost 3/4 years, i've spent it with Bin & Pey..I know! I know! im at home, loadsa food, got mummy daddy taaaaaapi, still the emptiness tu ada terasa a bit.

*during Hollywood Rhapsody*
-bin, me, pey-

most of the times sahur in Murni(hostel-apartment bukan murni ss2) were always rushed.

pey :"Shit shit..lagi lima minit..bangun sa bangun!! kejut mubin"

It was always pey yg akan kejut kitorang.hehe.thank you mak!;p We would rush to the 'dapur' & sumbat apa yg ada depan mata,tak smpai 5 mins habis!Terror gila.Sometimes, we didn't even sleep the whole night,doing just nothing-yg-berfaedah.hehe.Owh!We did yoga once!

bin - "blakang aku sakit lah"
me - "Weh! Jom Yoga!"

Hence, our yoga journey begins.Googled yoga techniques/practice, click on images, choose 1 you like. TAPI be careful ok? Our yoga moments were full of laughter and the best of all was our outfit, totally comfy and berangin(kaftan and nightie).Whenever there's a slightly difficult pose or weird twisted body pose, we would laugh & laugh. It's almost 1 hour jugak lah nk habiskan all the steps, but then we missed quite a few like breathing calmly, it's hard when you're laughing you know?! All in all, i think our tummy are taut-er since we use the abs muscle a lot credits to laughing. Hurm..maybe we should start a laughing yoga class!!! Oh.wait.dah ada.shoot.

okayyy.Another time, we would rush(At that time, i think that Pey was possesed by the spirit of Louise Hamilton(F1 driver,duh!)) to McD drive thru just to have the breakfast set for sahur. From the top, proper je, with tudung kemas(ye ke). From the bottom, seluar tidur. Hoyeh! We're the trendsetters. Lepas tu, ramai gila junior keluar sahur wearing their pyjama bottom.Nih, aku tipu.

Kesimpulannya, in a few hours, i will have my sahur & i miss my girlfriends.

Tiada kena mengena tapi my teeth/gum is killing me. It's swollen and it's giving the "nyut!nyut!" feeling.sorry, i just can't remember what berdenyut is in English. I wanna call Kekasih, tapi it's painful to just say hello. I've slept for a while just now, after Terawih prayers(will story later.hehe) because of the headache caused by this teeth/gum disease. Matilah haku.
"Oh Tuhan! Sesungguhnya, aku belum bersedia untuk mati. Berilah aku kesempatan untuk bertaubat. Amin" 

Selamat Menyambut Ramadhan everyone!!
Minta maaf ya kawan-kawan.
Yang tak kawan pun minta maaf jugak,
mana tahu tak sempat nak minta maaf!
=)