this ism. that ism.

Disember

Tuesday, December 2, 2008

*akan diupdate bersama gambar bila connection laju*

Disember tiba lagi tahun ini!oh yeah!! Tahu tak mengapa kita perlu bersuka-ria dan bersyukur?
Ya! Syukur itu penting, baru lah berkat segalanya.

*senyum*

Senarai mengapa-kena-bergembira-dan-bersyukur:

1. Aku ke dunia pada 17 DISEMBER 1985.
Ya. 23. 23.23. Age is just a number to me. Jadi, aku tak berapa kisah sangat pasal angka/digit/integer tu. Tapi yang menjadi persoalan diri aku ialah kenapa aku tak rasa macam DUA PULUH TIGA tahun. Dulu masa aku kecik-kecik, aku perhati kakak(satu-satunya) aku ( nota : influenza utama!) dan rakan-rakan rapat dia. Aku dah terfikir "Macam ni lah shasha(masa tu tak pandai beraku-engkau lagi) nanti bila dah 'besar'. Now that aku dah 'besar', tak rasa sangat 'kebesaran' tu. Korang boleh relate tak dengan apa yang aku rasa ni? Ke aku sorang je yang rasa..

2. Aku bakal ke dunia "kais pagi-pagi, makan hujung bulan"

Ya. Kehidupan fasa baru akan bermula pada 15 Disember ni. Aku masih belum bersedia. Masih dalam mode 'party'.HAHAHA.sila gelak.please, tolong gelak. Siapa yang mengenali aku mesti macam "huh?".."apakah?"... Ya. aku tak reti berparti, terkinja sini sana. Parti mengikut definisi aku lain sikit.Keluar bersama sahabat yang baru sahaja 'survived' dan telah lama 'survived' dan tidak membuat apa-apa. Duduk dan borak dan mengeji mesra.Kalau nak tahu, kami sekumpulan dijankiti spoonerism!

oh. Parti dalam erti yang lain pula, ialah menghabiskan masa bersama yang tersayang. Walaupun hanya sekadar lepak dirumah dengan hanya memakai baju T labuh dan besar bersama seluar tidur yang tak matching dan selendang yang senget benget,dating di ruang tamu, bersama daddyku yang seksi baring topless berkain pelikat di depan tv. There's none other romantic ambiance than this kan?kan?kan? 

Lagi, berguling, bertumbuk, bertendang, bergusti bersama tiga orang kanak-kanak lelaki yang majoritinya lagi berat dari aku. Merias seorang puteri yang sangat vain dan pelat berumur 1 tahun 11 bulan 29 hari. Juga lepak bersama bonda dan ayahanda bersama kakak dan abg rock star ku.Sangat gembira dan timeless saat-saat itu..

3. Duta, duta dan duta.
27 Disember. Sheila on 7. MALAYSIA. *Senyum sampai ke telinga orang sebelah*


Ada banyak lagi littlest things but itu semua biar disimpan di dalam hati. Seronok jugak ada secrets  ;)

0 comments: