this ism. that ism.

Hati, kau masih seperti dulu?

Sunday, September 14, 2008

Hati,

Apa khabar kau disana?
Aku harap kau masih lagi Hati yang dulu.
Hati yang bisa merasionalkan pemikiran, aneh tapi benar.
Hati yang membiarkan bahagia manusia lain daripada menjadi kesedihan sendiri.
Hati yang memaafkan walau bagaimana hancur dan ranap diperlakukan manusia.

Entah kenapa, malam ini begitu terkesan sekali hati dan permikiranku apabila 
terbaca hasil nukilan dua insan yang selama ini tidak pernah tertahu kewujudan mereka 
dia atas bumi ini. Sumpah indah! Sayu dan sebak saat terbaca tentang keluhan hidup, luahan cinta dan rasa mereka.  Selesai membaca, aku terfikir... apakah aku masih aku yang dahulu? Apa yang aku kejar dalam hidup ini ? 

Pada saat dan ketika ini, aku berani mengatakan yang aku sudah membiarkan api kemarahan ini padam dan lenyap daripada terus membakar kotak hatiku. Memang kau kejam wahai Perempuan, mengadu domba, menfitnah membuta tuli, mengata keji dimana waktu aku bersangka kita sudah meninggalkan masa silam, memulai "persahabatan" yang baru.

Tetapi wahai Perempuan, ketahuilah saat ini, apa yang aku rasai terhadap kau cuma perasaan simpati. Kerana, kau masih berpegang kepada hasad dengki dan hasutan kau itu. Apa yang pasti, kau dan aku bersaudara. Ya! Kita bersaudara, bersujud pada Tuhan yang sama, bercinta dengan Tuhan yang sama. Aku yakin kau tahu dan sedar yang Tuhan kita Maha Besar dan Maha Adil. Jadi apa yang dapat aku katakan cuma, aku kini telah memaafkan segala apa yang kau berikan kepadaku. Bukan aku mahu berlagak alim dan baik, tetapi hidup ini singkat. Aku tidak mahu membazirkan sedikit masa yang dianugerahkan padaku untuk kau yang jelas tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada diriku. 

Jadi Perempuan, di antara aku dan engkau, engkau sudah tiada apa-apa yang terhutang padaku.
Sudah ku bereskan segala kemaafan yang tertuntut oleh kau. Jadi sekarang, hanyalah diantara kau dengan Tuhan. Semoga Tuhan merahmati kau.

Dan juga, Semoga Tuhan memelihara Hati aku daripada api kemarahan yang mendatang.
Amin.

1 comments:

Alia said...

shasha.

kene kuat. jd ironwoman. hehe.
go shasha! :)