this ism. that ism.

New Beginnings- Prologue

Monday, December 22, 2008

Hi hello.I've been missing for quite sometimes didn't i?

Hurm. Nothing much happened. I've FINALLY submitted my thesis. I can now rest in peace! The kelegaan was nothing compared as when you've finally present your system. If you've been to school in Uniten, you'd know. Those whom presented this year lah would know, there's been changes in the way they grade your fyp. So this 'new' way is supposedly more 'leceh' and your project has to pass certain 'requirements'..yada yada..so yeah no more easy peasy passing like they used to. Tapi aku dah lepas and now lega yang teramat!!!!

Lesson learnt: Jangan nak over confident sangat. Saying you could learn a new language WHEN C is hard confusing enough for you!haha. Yup C tau bukan C++.hehehe. But anyways, now is all and well. Sudah selesai semua segala gundah dan kegusaran di hati.

Kena pergi bersiap sebab pukul 3 nak masuk kerja!weeee~

Tragedy

Sunday, December 7, 2008

It happened yesterday in the wee hours where people would normally be sleeping. 

Today, it shocked the nation. Claiming lives of four(up to this hour), injuring i-can't-remember-how-many people and trapping hundreds of people.

Watching the news update, it feels like watching a movie. I still can't believe that it happened...

My prayer, thoughts and love goes out to the landslide victims of Bukit Antarabangsa.

photosynTHESIS

Saturday, December 6, 2008

This is going to be a whiny post.

Does maxis has a thing with celcom or U mobile???????? Dah sepuluh minit and the browser masih blank!!!!! Earlier, i opened up DiGi's site, laju plak. Tapi laju-laju pun, aku boleh pergi mandi buih dulu lah. Kalau tunggu celcom dengan U mobile ni, gosok gigi, kumur dengan listerine, mandi buih, syampoo rambut sambil styling mohawk, mandi air biasa nak buang buih pun belum tentu browser dah load!

Aku kecoh sebab fakta-fakta yang aku perlukan ada dalam website diorang untuk siapkan thesis last minute, yang aku gebang dekat sv aku (nama dirahsiakan) ianya telah siap dan sedang di binding dan di hard coverkan tapi ianya masih belum dapat disiapkan oleh kedai cing cong di shah alam. Tipu sikit. Tapi tadi aku dah mintak ampun masa sembahyang. So harapnya, tak lah tak berkat thesis aku tu. 

Boring ah buat thesis sorang-sorang. Dulu masa bertungkus-lumus siapkan report 1 untuk fyp (masa ni berat aku turun smpai 49-50 kilo!!!haha.saja kecoh nak bagitau) at least adalah gak awek.hehe.rempit style.ok.sambung cerita. at least dulu adalah gak dua gadis penemam, pemecah sunyi aku menaip. Sorang garang macam mak-mak, sorang mak kang. hahaha. tapi hati baik punya.

Teringat plak masa tengok movie Los dan Faun(superb weh!), tengok trailer Sayang, you can dance! Ada amani aku suka and ada Dafi.hehe. Kekasih aku tak suka dia. Aku tak lah suka dia, minat ke apa. Tapi dia comel. Tapi aku tak minat dia. ok?

Berbalik pada gadis dua orang tadi.Diorang lah kawan baik aku. Tapi diorang tengah sedap tidur sekarang sebab rezeki diorang grad awal dari aku. Diorang dah kerja lah! 

Dan kenapa setelah lama menunggu, browser ni boleh pulak keluar "error page cannot be displayed" dan juga aku masih disini? Dah aku nak pergi mandi buih. For real ni. bye.

Disember

Tuesday, December 2, 2008

*akan diupdate bersama gambar bila connection laju*

Disember tiba lagi tahun ini!oh yeah!! Tahu tak mengapa kita perlu bersuka-ria dan bersyukur?
Ya! Syukur itu penting, baru lah berkat segalanya.

*senyum*

Senarai mengapa-kena-bergembira-dan-bersyukur:

1. Aku ke dunia pada 17 DISEMBER 1985.
Ya. 23. 23.23. Age is just a number to me. Jadi, aku tak berapa kisah sangat pasal angka/digit/integer tu. Tapi yang menjadi persoalan diri aku ialah kenapa aku tak rasa macam DUA PULUH TIGA tahun. Dulu masa aku kecik-kecik, aku perhati kakak(satu-satunya) aku ( nota : influenza utama!) dan rakan-rakan rapat dia. Aku dah terfikir "Macam ni lah shasha(masa tu tak pandai beraku-engkau lagi) nanti bila dah 'besar'. Now that aku dah 'besar', tak rasa sangat 'kebesaran' tu. Korang boleh relate tak dengan apa yang aku rasa ni? Ke aku sorang je yang rasa..

2. Aku bakal ke dunia "kais pagi-pagi, makan hujung bulan"

Ya. Kehidupan fasa baru akan bermula pada 15 Disember ni. Aku masih belum bersedia. Masih dalam mode 'party'.HAHAHA.sila gelak.please, tolong gelak. Siapa yang mengenali aku mesti macam "huh?".."apakah?"... Ya. aku tak reti berparti, terkinja sini sana. Parti mengikut definisi aku lain sikit.Keluar bersama sahabat yang baru sahaja 'survived' dan telah lama 'survived' dan tidak membuat apa-apa. Duduk dan borak dan mengeji mesra.Kalau nak tahu, kami sekumpulan dijankiti spoonerism!

oh. Parti dalam erti yang lain pula, ialah menghabiskan masa bersama yang tersayang. Walaupun hanya sekadar lepak dirumah dengan hanya memakai baju T labuh dan besar bersama seluar tidur yang tak matching dan selendang yang senget benget,dating di ruang tamu, bersama daddyku yang seksi baring topless berkain pelikat di depan tv. There's none other romantic ambiance than this kan?kan?kan? 

Lagi, berguling, bertumbuk, bertendang, bergusti bersama tiga orang kanak-kanak lelaki yang majoritinya lagi berat dari aku. Merias seorang puteri yang sangat vain dan pelat berumur 1 tahun 11 bulan 29 hari. Juga lepak bersama bonda dan ayahanda bersama kakak dan abg rock star ku.Sangat gembira dan timeless saat-saat itu..

3. Duta, duta dan duta.
27 Disember. Sheila on 7. MALAYSIA. *Senyum sampai ke telinga orang sebelah*


Ada banyak lagi littlest things but itu semua biar disimpan di dalam hati. Seronok jugak ada secrets  ;)